KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Beliau berkata masyarakat Madani yang bersatu, yang disifatkan sebagai komponen penting untuk negara terus mencipta kejayaan dan maju, memerlukan kerjasama strategik semua pihak yang merentasi kaum, antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
"Dalam era globalisasi yang sedang kita alami, persaingan yang sebenar adalah antara syarikat tempatan dengan syarikat asing khususnya badan korporat antarabangsa.
"Oleh yang demikian, bangsa Malaysia perlu bekerjasama dan bukan bersaing sesama sendiri (atau) terjejas dengan pemikiran lapuk yang terbelenggu dengan mentaliti permainan hasil tambah sifar," katanya menerusi kenyataan selepas menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Putrajaya hari ini.
Sehubungan itu, Nga bersetuju dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa masyarakat Malaysia Madani perlu fokus meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di pentas global dan bukan menumpukan perhatian kepada persaingan antara masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Nga juga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama.
Semangat kerjasama itu, menurut Nga dapat menjadikan Malaysia kembali disegani dan dihormati di pentas dunia serta menjadi ekonomi ke-30 terbesar dan menduduki tangga ke-12 indeks daya saing dunia menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Nga menggesa semua rakyat Malaysia supaya berusaha mencari peluang bekerjasama berpaksikan kepada prinsip Malaysia Madani untuk mencapai kejayaan bersama. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 02 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (01 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed Khaled kongsi perspektif Malaysia di Dialog Shangri-La
Mohamed Khaled akan mengulas bagaimana bentuk kerjasama baharu ini berkemungkinan mempengaruhi landskap keselamatan serantau sedia ada.
AWANI Ringkas: Polis tahan tiga mat rempit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zelenskiy tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelenskiy dijangka meminta para hadirin untuk menghadiri dan menyokong sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan ini.
AWANI Ringkas: Indonesia sedia hantar tentera ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zahid teruskan diplomasi durian dengan mengirim 300 durian ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meraikan diplomasi durian dengan menghantar 300 biji durian dan diagihkan kepada warga China. Beliau menyifatkan lawatan rasminya kali ini memuaskan dan berharap tindakan susulan yang perlu diambil dapat dilaksanakan dengan jayanya. #AgendaAWANI
Institut Malaysia-China ditubuhkan, erat hubungan dua negara - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah Institut Malaysia-China (MCI) akan ditubuhkan untuk meningkatkan kerjasama pendidikan dua negara. Jelasnya, institut ini akan diwujudkan dibawah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan GIATMARA. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [01/06/2024] – Pembunuhan kanak-kanak autisme | SPRM teliti petunjuk baharu | Siasatan sudah bermula, mahukan kebenaran | Himpunan semua penduduk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ibu bapa direman tujuh hari, siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
- SPRM terima aduan baharu, kontrak suami Hannah Yeoh dan kerajaan Selangor
- Hannah Yeoh sokong siasatan SPRM, mahu kebenaran didedah
- Sambutan Gawai di rumah panjang Luking, tampil warisan bangsa
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ibu bapa direman tujuh hari, siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
- SPRM terima aduan baharu, kontrak suami Hannah Yeoh dan kerajaan Selangor
- Hannah Yeoh sokong siasatan SPRM, mahu kebenaran didedah
- Sambutan Gawai di rumah panjang Luking, tampil warisan bangsa
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kerajaan berusaha penuhi keperluan 30,000 jurutera menjelang pertengahan 2025 - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan sedang berusaha memenuhi keperluan 30,000 jurutera dalam pelbagai bidang tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Jelasnya, hal ini diusahakan melalui rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dengan mengambil inspirasi dari sistem TVET China yang mampu melahirkan 500,000 graduan dalam masa yang secara relatifnya lebih singkat. #AgendaAWANI
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.